..VERY PLEASED TO BE VISITED BY YOU..THANK YOU..

Sunday, August 7, 2011

mak limah bakor ayam.

haaaaaa hahahahaha.

ini merupakan sambungan entry bergambar dulu tu.

7 mac 2011.

sebenarnya hari tu ialah hari bersama praktikum. awww so suwittt kan hari bersama praktikum nih. =.=' kebanyakan benda semua aku dgn jean yg plan mcm cop hari *cop okay alif lam lam ha , nak makan apa, bajet, time apelah semua yg berkenaan. membe lain hanya perlu bayar tunai sahaja.

mulamula start nyalakan api sebelum maghrib. konon konon nak cepat la nanti lepas maghrib tu boleh terus makan, boleh habis awal, balik cepat sbb ada report kimia lah tak siap, tutor math lah tak buat lagi. lagipun prihatin ni kat budak yg puasa, boleh lah diorang buka puasa dgn hasil pembakaran ni. tapi hampeh. nak dekat isyak kot baru siap. cemane tu cecite.




setelah berusaha dgn semangat membara, dapatlah api ni. T_T



yg pakai tudung tu jean todd. yg mcm ikon digi tu org asli. serius aku taktau nama dye siapa. tp masa ni dye baik pulak nak tolong aku dgn jean todd. ye, kite dua je yg ada utk permulaan ni. budak laki pegi buat preparation perut je. hazzad, kau lah yg kate mcm ni, 'takpayah, biar budak pempuan je yg buat.' kan? ternyata kempen kau berjaya. sobs.



tak lama kemudian, umai pun datang. kau comel di situ ye. hehe. *aku mampu pakai tshirt kmns je. sobs.




lepastu didik ngan kalid pun sampai. maka haruslah gambar ini diambil sbb didik kate semuanya akan okay bila dye dah sampai. *lihat thumbs up.



tuu diaaa. satu ringgit dua ringgit. kira duit berapa nak bayar kat mak limah eh cik midah jap lagi. muke takde serius lagi ke beb? :D



dan mestilah aku nak jugak. $_$



dia mai dahh dia mai dahhh. tu tu yg kat blakang tu.





lihat mando di belakang. muka garang sehh. XD



ni hafiz a.k.a pakcik kordi. gambargrapher tegar yg terbaik wokk.



mubin : wuwuu sakitlah woi.
nizam : hahaha sory aku excited sangat.
izzat : omg omg. sathiya cepat, sausage dah hangus.

sebenarnya masa ni ade 4 org lagi tak sampai dr blok A. jauh tau blok A tu dari cafe C ni. ;P



haaa inilah ayam bakar. errr.



diorang ni sampai paling lambat untuk ni jee. hee.



sebab tu kau kerja kat Hot Kitchen tu sebagai pembuat air kan jean. :D



bersama jun kai dan sathiya, top students.

menu malam tu,
-nasi

-ayam bakar

-sausage bakar

-buah tembikai

-air oren


lepas mentedarah semua, kitorang main game. game tu diberi nama truth or dare. aku tak faham betul kenapa ramai suka pilih dare. uii reveal rahsia, tak sanggup gua. lastlast padanlah muka aku kena 'bagitau semua org aku nak buat apa lepas balik tu dlm bentuk nyanyian.' spontaneously, lagu kmns aku sumbangkan. XD




gosip liar menular tentang diorang dua ni. p/s : hasanah mmg suka jun kai. ;P (belajar bahasa cina, sampai hati hasanah kata kitorang semua gemuk mentangmentang dye keding)



presents you, TAIKO chalak. ekspresi dirinya semasa gembira. mane tak nye, setiap sem 4 flat kot. taiko mmg style lah.



FIZIKAL 2 PRAKTIKUM 8 2010/2011

pukul 11, the event ended. balik tu seronok jugak tp ada yg kurang. yg bestnye, tudung, tshirt, seluar bau asap. sekian.

p/s :: sebulan je lagi. sebulan.

- K . A :D -

Thursday, August 4, 2011

bisikan hati.

aku tau aku tak macam kau dan kau dan kau dan kau semua.

dan aku tak mampu nak jadi macam kau dan kau dan kau dan kau semua.

keinginan aku banyak yg fana bukan macam keinginan kau dan kau dan kau dan kau semua.

kataku, perbuatanku hanya maya tak sama macam kau dan kau dan kau dan kau semua.


tapi aku tahu hidup matiku hanya kerana Allah bukan kerana kau dan kau dan kau dan kau semua.

niatku semua kerana Allah bukan kerana kau dan kau dan kau dan kau semua.

semua tentangku hanya Allah yg Maha Mengetahui bukan kau dan kau dan kau dan kau semua.

terima kasih.

p/s :: lillahi taala.

- K . A :D -

R A M A D A N 4.

hari demi hari, hati aku rasa lain jee. taktau kenapa. like something bad gonna happen. tapi takde pulak petanda pelik apeape. yg pasti, kadangkala aku rasa macam...aku dah nak mati.

semoga ramadan kali ini bukan ramadan terakhir untukku.
semoga ramadan kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya.
semoga ramadan kali ini memberi makna, kebahagiaan dan nikmat yg tak terhingga.
semoga ramadan kali ini dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
semoga ramadan kali ini ketemukan aku dengan malam lailatulqadar.

kalau aku mati nanti, HYUUGA NEJI tolong delete semua posts and gambar yg aku publish kat blog ni eh. ah bong. kau dah lupa kat aku ke? selamat berpuasa ye. semoga kau berjaya jadi doktor. nanti boleh upah kau jadi doktor peribadi family aku. ;P

amalkan doa selepas bangun tidur dan juga,

" allahumma anta rabbi wa ana 'abduka. "

jaga diri baikbaik semua ! :D

p/s :: please stand right next to me until whenwhen. :')

- K . A :D -

Wednesday, August 3, 2011

R A M A D A N 3.

walaupun iblis, syaitan dan segala organisasi keturunannya telah pun diikat, tapi ada jugak yg masih buat onar bulan ramadan ni. aha itulah NAFSUnafsi. bukan nasi. nasi tu makan time sahur. nafsi ni kononkonon mcm perkataan berganda lah nak tunjukkan banyak @ besarnya nafsu yg wujud dalam fitrah manusia. ceh amende la ni. (bimbingan abang kakak diperlukan utk adikadik yg baru belajar BM)

ustazah aku penah cite. kenapa bulan ramadan pun ada org buat benda tak betul sedangkan syaitanirrajim semua dah kena rantai. sebabnya ialah kita ni dah dididik oleh mereka 11 bulan lamanya utk lakukan perkara mungkar. nak lawan semua tu dlm sebulan? haa sebab tu lah jihad paling besar ialah melawan hawa nafsu.

ustaz aku penah cite. pasal perbualan antara Allah dengan nafsu. Allah menciptakan nafsu dan berfirman kepadanya yang bermaksud :

"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hambaMu dan Kamu adalah tuhanku."

ego tak egonya nafsu ni. em tadi masa sahur aku tengok cite Tanah Kubur. kali ni psl org kaya yg menderma tp menyebut namanya. kira riaklah dgn diri sendiri. sampai kat kubur nak kebumi hah amik kau tetiba je mayat dye bangun. nak baringkan balik tak boleh, keras. terpaksa tanam mcm tu. kalau aku ada kat situ, camne aku tak cabut lari ce cite. tu nafsu jugak tu. nafsu nak glemer.

haritu pasal pempuan yg jual barang kemas. dlm mase yg sama dye menunjuk yg dye ade barang kemas sebanyakbanyak seberatberat kat badan dye. mase kat kubur nak kebumi tu, mayat dye kene rantai dgn emas. berasap panas plak tu. subhanallah astaghfirullahalazim. tu nafsu jugak kan.

lagi satu ni lagi laa mcm seram. pasal pempuan buang bayi (banyak kali). *istighfar istighfar. dye mati beranak dalam kete pakwe dye pastu pakwe dye tinggalkan dye tepi jalan. mase nak kebumi tu, dlm kubur dye ade banyak mayat baby menangisnangis. uish. ni nafsu yg paling selalu org tewas agaknya. nauzubillahiminzalik.

haha kenapa dgn aku ni. dah lame tak bersembang psl agama. :')

**********

p/s :: just so you know, i could do anything that you want with my helpless effort. i will always try.

- K . A :D -

Tuesday, August 2, 2011

R A M A D A N 2.

2 ramadan 1432 hijrah. :)

tibatiba je kan ingat tarikh dalam islam. 4 safar ingat hari apa? XD

semalam buat quick update sbb nak pegi terawih dah mase tu. ehem serious gua pegi tau surau depan taman ni. insyaallah istiqamah.

masa skolah dulu boleh kata full lah kan pegi terawih (kecuali bermotif) sbb? WAJIB. haa jangan silap, solat terawih ni sunat muakkad tapi peraturan asrama pegi solat terawih ni yg wajib. nak ponteng? kau nak kena lempang atau terajang dengan warden, HJ (bkn nama sebenar). kau pilih laa.

aku tak ingat sejak bila aku start puasa penuh. tp puasa penuh masa tu ada motif besar tau. ayah janji duit wehh duit. hahaha. $_$ satu hari singgit tp kalo full? haa. duludulu mmg berlumba sape dapat duit raya banyak. for the start, duit puasa penuhlaa. first year full dpt rm50. next year dpt rm60. next year up lagi rm70. hee tp dah takdelah skang sbb dah tak penuh. ehhhhhhhhh. XD

kalau dok rumah, bersahur pun full. 6 tahun kat rantauan tu mmg tak laa. rantauan tau rantauan. overriver. kat rumah wajiblah makan makanan ruji, nasi. masa skolah pun sama cuma kau rajin bangun nak turun dewan makan atau tak. aku ingat lagi first day sahur kat hostel tu, lauk sambal udang extreme pedas. gua yg pemakan pedas tegar ni pun tak tahan woih. mungkin tante nak kahwin lagi kot tu yg termasak pedas lelebih tu. tp syukur tak kena cherryberry.

masa kat matrik, haram jadah la aku nak bangun sahur harihari. hahah. ada satu dua hari je kot? makan roti dgn minum horlicks, hari pertama. kali kedua aku tak ingat. hari lain mampu dengar budak lain bukak pintu pegi basuh muka pastu bersahur dgn mulut membebel. tak caye tanye jean todd sbb dye suka skodeng bilik aku pepagi. kann?? yg paling best masa ramadan kat matrik is, KULIAH MATHEMATICS PUKUL 7 PAGI. terbaik wokk mmg terbaikkk. =.='

yang penting tahun ni puasa kat rumah. bape kali dah ni bgtau ce cite. selamat berpuasa !!!!! aku taktau nak end kan entry ni camne. okayla bye.

p/s :: sy harap awk terus bace blog ni sahaja. ;P

- K . A :D -

Monday, August 1, 2011

R A M A D A N

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah :183 ).

WOOOIIIIIIIIIIIIIIIII ! PUASA WEHH PUASA ! HAHAHAHAHA.

eh kau dah kenapa?? ehe sebenarnya teruja sebab tahun ni puasa kat rumah sepanjang ramadan. dah 6 tahun berpuasa di rantauan. sobs.

p/s :: ramadan kat asrama sekolah dulu memang best.

- K . A :D -