..VERY PLEASED TO BE VISITED BY YOU..THANK YOU..

Saturday, October 30, 2010

buah hati. eyh buah fikiran.

nak cakap lagi ke aku tengah bahagia kat rumah skarang ney?

okay lah. aku takde motif nak update ape ney. tambahan pula, [ haa kaw.] gambar gambar maseh kat dalam fon tak masuk folder pc lagi untuk diupload. maka haruslah tak mahu bercerite tentang aktiviti yang dilakukan masa kini. bolehhh? ;P

aku ade lah terfikir. yela kadang kadang tibe tibe jee otak aku rasional nak fikir segale kann.

:: kite tau yang bile mati, masuk kubur, lepas tuh malaikat datang soal bagai dan ade azab kubur. tapi. kalau macam mayat yang tak jumpe tuh, diorang kene tak soal dan azab kubur? ke kalau hilang kat laut, diorang ade azab laut? ouh bagaimanakah?

:: aku selalulah dengar bile orang plan pape ke diorang akan cakap, kite hanye merancang, tuhan Allah yang menentukan. secara ilmiahnye, [ betol ke? ] memanglah kann sebab Allah tuh Maha Berkuasa. tapi Allah ade kate, Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum tuh melainkan kaum tersebut yang ubah nasibnya sendiri. macamane yang dah ditetapkan kat Loh Mahfuz tuh eh?

:: secara teknikal [ err? ] siape yang tak beragama Islam a.k.a kafir akan tetap di neraka Jahannam. tapi kan, macam mane dengan budak budak yang kafir sejak lahir disebabkan parents nye kafir, tak bergaul dengan orang Islam sebab memang duduk dalam komuniti bukan Islam, lepas tuh macam tak sempat dewasa dan kenal dengan ramai orang yang berlainan agama, mati. macamane hukum bagi diorang?

:: aku perhatikan orang orang tua pakai tudung, kadang kadang ade terkeluar rambut, nampak leher, dosa aurat tuh macam mane? ade pengecualian takk?

:: suara perempuan, aurat. semua artis perempuan berdosa? ahli nasyid, nazam sekolah yang perempuan semua berdosa?

:: cerita cerita pasal balasan Allah kat tv tuh, realistik tak? inchek ayah selalu kate tak logik. tapi kite memang wajib percaya kekuasaan Allah kan? siapa yang penah tengok benda benda macam kat tv tuh? ataupun yang dalam mastika?

ahh ape ape lah lagi. aku sedar aku pun bukan sempurna nak pertikaikan persoalan ney semua tapi aku cuma nak tau sebab aku terfikir. dan sebenarnye ade macam macam lagi. tapi aku errr dah lapar. maka wajiblah pergi makan. ngeheee. tak itu yang kedua. aku rase persoalan aku yang laen lebih baik aku simpan dan tanya pada yang pakar. cehh. dah lah nak merepek pulak dah ney. ciao !



*dah cukup sempurna ke kalau pakai macam ney dan puaskan hati semua orang?*

- K . A :D -

16 comments:

NA_SR said...

persoalan ko ni dah bersangkut ngan akidah lak..hahaha
xpe la, nak tau kan... tp hati2 setan mmg suka buat org jd cmni..
jd kalo timbul soalan yg bukan2 bce la doa...
1) ta'awudz...
2) Amantu billahi wa Rasulihi..
(insya Allah)

aku buka dgn Firman Allah..
Firman Allah Ta'ala:
وَيَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Dan Dia (Allah) Mengetahui (Segala) Apa Di Langit Dan (Segala) Apa Di Bumi, Dan Allah Maha Berkuasa Ke Atas Segala Sesuatu
[Surah Ali 'Imran: 29]

PERSOALAN 1
adakah org mati kat laut, terbakar la.. mayat hancur la....mcm mana nak kena soal...huhuhu
JAWABAN=
Sbg seorang Islam, kita kena yakin yg adanya yg dinamakan soal jwb dlm kubur/ kalo xde kubur pun x pe.. jnji dah mati..
adanya malaikat Munkar & Nakir sbg tukang tanya & seksa...
kubur tu cuma proper way utk seorang jenazah islam utk disemadikan lepas mati.....
kalo badan dah takda.... bkn ke Allah berkuasa utk menjadikannya semula, & paling penting... bukan ke ROH tu sebenarnya intipati manusia... bdn ni sangkar je...huhhuhu
lagi satu, mati tu cuma perpindahan manusia dari alam Syahadah (nyata) kepada alam barzakh.... hakikatnya, Roh itu ttp hidup & masih dibawah kuasa Allah

NA_SR said...

PERSOALAN 2
bile orang plan pape ke diorang akan cakap, kite hanye merancang, tuhan Allah yang menentukan. secara ilmiahnye, [ betol ke? ]
jAWAPAN=
X btul, apa yg dicakapkan tu bukan bersandar pada ilmiah... tapi pada hakikatnya.... kena yakin tu...

tapi Allah ade kate, Dia takkan ubah nasib sesuatu kaum tuh melainkan kaum tersebut yang ubah nasibnya sendiri. macamane yang dah ditetapkan kat Loh Mahfuz tuh eh??
JAWAPAN=
Kita ni sbg makhluk adalah ciptaan-Nya...
Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah dengan mendapat ketentuan daripada Allah Ta'ala tentang rezeki , umur , baik , jahat , kaya , miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad manusia ada mempunyai nasib ( bahagian ) di dalam dunia ini sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Janganlah kamu lupakan nasib ( bahagian ) kamu
di dalam dunia " .
( Surah Al – Qasash : Ayat 77 )

kenapa Allah dah tau apa suratan kita, tp dlm firman yg lain Allah suruh manusia berusaha...
sebenarnya... lnsung x berlawanan pun... kita disuruh buat usaha supaya menampakkan kesungguhan kita kearah sesuatu...
ni nak mengajar kita ttg sifat2 ubudiyah (kehambaan),
supaya kita x angkuh.. bila dah berjaya misalnya.. x lah kita mendabik dada & kata semuanya dari usaha Aku.... Syirik tuh!!!
yg penting sifat berserah kpd Allah...

Hyuuga Neji + K . A :D said...

hehee. mintak maaflah. aku harap persoalan aku ney tak lah sampai terpesong akidah. memang aku tak tau betol ke tak ape yg aku fikir ney. aku cume terfikir jee.
pape pun thanx banyak2 kat kaw zam. jelas lah cket persoalan aku. yg laen tuh macam mane pulak. huhu. ;))

Hyuuga Neji + K . A :D said...

persoalan 2.

ooo. tapi boleh ke allah da tetapkan untuk kite sesuatu tp kite berusaha dan berubah dgn ape yg allah tetapkan utk kite tuh?

NA_SR said...

PERSOALAN 3
macam mane dengan budak budak yang kafir sejak lahir disebabkan parents nye kafir, tak bergaul dengan orang Islam sebab memang duduk dalam komuniti bukan Islam, lepas tuh macam tak sempat dewasa dan kenal dengan ramai orang yang berlainan agama, mati???
JAWAPAN=
Dalam quran.. Allah berfirman yg bermaksud..

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آَدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ
“Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian kepada jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku adalah Tuhan-Mu", dan dia saat itu telah menjawab: "Ya Engkau adalah Tuhanku dan aku bersaksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lupa terhadap (persaksian) ini.” (QS. al-A’raaf; 7/172)

haa... jd hakikatnya... anak2 semua manusia ni pada hakikatnya lahir dlm keadaan fitrah/condong kepada Iman kepada Allah...
Jadi ulama' ahlussunnah sepakat mengatakan bahwa anak2 semua manusia baik iSLAM mahupun ahli kitab, hatta org kafir n animisme... mati sebelum dia baligh & mumayyiz... Maka matinya adalah mati yg aman lagi selamat dari segala azab.

kalo nak tau lebih lanjut.. nnti kita citer lagi..

NA_SR said...

boleh... boleh saja.... Semuanya senang bagi Allah...
bukan ke Allah ada ckp dlm surah Yasin.. "Jadilah, maka jdlah ia"

Rasul SAW pun ada ckp, "berdoalah kerana doa boleh mengubah tkdir Allah" kecuali ttg mati...

Allah sudah pun tau semuanya.....
tp kita ni diberi jua pilihan.. Allah nak tgk manusia mcm mana kita ni....

Hyuuga Neji + K . A :D said...

thanx banyak2 zam. :)
seronok lah saye. hahaa.
ade jugak org yg sudi nak jawabkan. aku ingat ape yg aku tulis sekadar persoalan aku sendiri jee.
alhamdulillah.. :)

NA_SR said...

PERSOALAN 4.. MASALAH AURAT PEREMPUAN TUA

Mengikut pandangan Said bin Jubair dan Muqatil bin Hayyan, Al-Dohhak serta Qatadah: "Mereka (wanita) yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah wanita yang sudah terputus haid dan tidak dapat melahirkan anak kerana usia yang lanjut (menopaus).

"Mereka juga tiada minat dan keinginan untuk berkahwin (tiada nafsu). Maka tiada halangan bagi mereka untuk membuka jilbab (penutup muka), serta membuka jubah berwarna hitam yang biasa disarung pada tubuh selepas memakai jubah bagi tujuan tidak memperlihatkan perhiasan dalaman". (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 404).

Dijelaskan lagi oleh Ibn Masud dan Mujahid: "Tiada perselisihan di kalangan para ulama mengenai rambut wanita tua, rambut wanita tua tetap tidak boleh dilihat oleh ajnabi (bukan mahram). Hukum berkaitan rambut adalah sama tiada bezanya antara yang perempuan tua dan muda.

"Maka yang diharuskan dalam ayat ini ialah wanita yang sudah tua harus baginya tidak menyelubung dengan kain hitam, dan kedua-dua tangan dan wajah harus dibuka. Ini kerana secara saintifiknya wanita tua tidak berkeinginan dan tidak menjadi perhatian orang lelaki". (Ibn al-'Arabiy, Ahkam al-Quran, jld:3, hlm:419).

Ibn al-'Arabiy melihat bahawa kalimah al-qawaaid yang membawa makna perempuan tua semata-mata tanpa yang lainnya kerana mereka tidak lagi bernafsu. Dalam tafsir al-Tabari, Ibn Jarir r.a menjelaskan bahawa: "wanita tua yang sudah tiada nafsu keinginan kepada hubungan jantina, ketika mana orang lelaki tidak lagi berminat kepada, maka diringankan kaedah menutup aurat keperingkat yang lebih mudah, tujuannya bagi meringankan bebenan yang mungkin memenatkan mereka. (Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir al-Tabari).

Dalam ayat yang sama Allah SWT berfirman: Dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, iaitu tidak mendedahkan serta memperlihatkan perhiasan supaya dia dilihat, kerana yang demikian ialah sangat buruk dan sangat jauh dari kebenaran.

NA_SR said...

(smbungan)
Kesimpulannya, wanita yang sudah berumur atau yang sudah lanjut usianya wajib menutup aurat seperti mana wanita yang baligh belum sampai usia tua. Namun Islam memberi sedikit kelonggaran untuk tidak menyelubung badan dan segolongan ulama mengharuskan bagi wanita tua mendedahkan wajah dan kedua tangan. Walaupun demikian sekiranya wanita-wanita tua itu mahu menutup auratnya seperti wanita muda itu adalah lebih baik.

Ini kerana perbuatan menutup aurat bukan untuk sekadar mengawal diri dari terdedah kepada gangguan seksual malahan sebagai tanda tunduk dan patuh kepada kehendak Allah yang menjadi akan segala sesuatu.

Kita rasa pelik ialah wanita di negara kita kebiasaannya di usia remaja hingga menemui usia tua mendedahkan aurat semahu mereka, apabila sudah tua baru terasa dekat dengan Allah SWT.

Manakala syariat Islam melalui sumber rujukannya al-Quran dan al-Sunnah mewajibkan wanita menutup aurat apabila mencapai usia baligh. Dan tidak salah kalau lebih awal daripada itu sebagai satu tarbiah. Kerana ketika mudalah Allah SWT mengurniakan manusia keindahan paras rupa yang menawan, lebih-lebih lagi yang bergelar wanita.

Sebab itulah Allah SWT mengkategorikan wanita sebagai perhiasan dunia yang bisa memporak-perandakan kaum Adam. Dan ada pula wanita yang merasakan dirinya hebat kerana ramai lelaki yang tersungkur dengan kecantikannya.

Seperkara perlu diingat betul-betul iaitu Allah memberi kemudian diuji dengan apa yang diberi untuk melihat tabiat manusia. Adakah dia kenal siapa yang memberinya nikmat tersebut atau dia alpa dengan apa yang dia ada?

Sangat beruntunglah mereka yang sedar bahawa apa yang dimilikinya adalah pinjaman dan setiap yang dipinjamkan perlu dipulangkan kepada tuannya.

(Jawapan Disediakan Oleh Ust:Ravi)

(Sumber : Utusan Malaysia Jumaat:13/02/2009)

NA_SR said...

PERSOALAN 5
:: suara perempuan, aurat. semua artis perempuan berdosa? ahli nasyid, nazam sekolah yang perempuan semua berdosa?

JAWAPAN=
Persoaln ni berat skit nak jwb.. takut2 org marah kan...
Ada ulama' menghukum haram, tapi ada yg sederhana mengatakan, jika suara perempuan tu digunakan bukan kearah maksiat, tidak menunjukkan pujuk rayu serta suaranya digunakan kearah kebaikan serta mengajak kejalan Allah, maka diharuskan... tapi tgk la keadaan mcm mana suara perempuan tu digunakan... =)

'Innamal a'malu binniat"
setiap amal yg dilakukan itu bersandarkan pd niat...

jd dgn niat tdlah semuanya diukur...

Hyuuga Neji + K . A :D said...

maknenye, kalau kite macam ragu2 pun dengan hukum yg ditetapkan, kite boleh je buat dengan niat yg betul? tak kesa ape pun?

NA_SR said...

PERSOALAN 6
:: cerita cerita pasal balasan Allah kat tv tuh, realistik tak? inchek ayah selalu kate tak logik. tapi kite memang wajib percaya kekuasaan Allah kan? siapa yang penah tengok benda benda macam kat tv tuh? ataupun yang dalam mastika?

JAWAPAN

Allah berfirman..
Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati segala kebajikan dihadapkan (dimukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksa-Nya. Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya (Ali 'Imran : 30).

Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan (An Nahl : 97)


ttg seksa dlm tv n mastika.. dll...
itu semua perkara yg boleh saja terjadi... sebab semuanya terletak pada Allah..
x ada perkataan x lojik disisi Allah... =)




WALLAHU A'LAM
WAMINALLAIT-TAUFIQ WAL HIDAYAH...
WA NASTAGHFIRULLAHAL-AZHIM WA NATUBU ILAIH....
(hanya Allah shj memiliki pengetahuan sebenar2nya,
dan disisi Allah lah taufiq dan hidayah.
serta Kami mohon keampunan pd Allah yg Maha Agung & kepadanya kami bertaubat)

Hyuuga Neji + K . A :D said...

thanx azam. banyak2.
alhamdulillah. :)

NA_SR said...

kalau kite macam ragu2 pun dengan hukum yg ditetapkan, kite boleh je buat dengan niat yg betul? tak kesa ape pun?

Jawapan saya=
huhuhuhu... xbelh cmtu,
dlm soal beragama, kita kena yakin.. xleh ada ragu.. kalo kata Ahli Tauhid... kena Ada keyakinan yg JAZAM (tertanam kuat2 pd pendiriannya)

lagi satu... xbleh jgk kita wat sesuatu amalan sewenang2nya semata2 niat kita betul....
cntoh... syafi berniat nak sedekah masjid hari2... tp x de duit, jd dia curi lah duit mak.. lepas tu pegi sedekah...hahahaha
Salah la tu..... Pokok pangkalnya, perbuatan yg nak kita buat tu, kena mengmbil kira ketetapan syara', norma msyrkt & ketentuan akhlak ...

=) ok?

NA_SR said...

persoalan mesti kita cari jwpn.. kalo pikir lama2 pening gak... takut2 tersesat..huhuhu

ceritalah... aku sudi berkongsi... =)

Hyuuga Neji + K . A :D said...

oooouuhhh.
okay thanx !
insyaallah.. ;DD