ohh sungguh macam tak best sebab tak buat entry pada 31 disember 2010 ataupun 1 januari 2011. ah apedehal. tak hamak post wehh. X_X
tak tak. bukan itu yang jadi tema percintaan, eh penceritaan. sekarang, mari kita saksikan beberapa ( beberapa lah sangat ) carta yang boleh dianalisis sepanjang tahun 2010.
CARTA PERKARA COOL WARM WARM NAIL (hebat suam suam kuku) JANUARI-DISEMBER
1) dah tak jadi budak sekolah. SPM dah habis wehh. konon konon macam cool gile lah duduk rumah waktu budak lain tengah sekolah. tapi jadi warm sebab macam bandan tak buat apa apa yang boleh mendatangkan duit eh faedah terhadap diri, agama, keluarga, masyarakat dan negara. ape siaa kau.
2) dapat result SPM yang dikategorikan cemerlang lah sebab ade A dengan B jee. cool lah kot. 7:3. :) siap ada jemputan pergi majlis anugerah kecemerlangan. dapat hadiah laptop lagi. ohoii memang terharu segala. T_T yang nie tak jadi warm rasanya. ah poyo.
3) dah ada driving license kategori D and B2. cool apa. tapi jadi warm sebab encik ayah tak bagi drive pegi mana mana. yelah lesen besar tak dapat mana boleh ingkar tak pasal pasal kena tulah. cehh sejak bila bapak kau jadi sultan wehh.
4) dapat offer masuk matrix. yang ni paling cool melecool lahh ! masa tu macam excited segala ohh dapat sambung study. ecehh propaganda. tapi sebenarnya warm jugak sebab masa sekolah dulu macam doa tiap tiap hari tak nak masuk matrix. last last ambik lah kau pegi masuk KMNS sebab ipta kau hanya dapat UTeM course teknologi maklumat. tak sampai hati pulak rasanya nak terima offer UTeM sebab tak sanggup nak ganti Cikgu Ghani kat SGB tu ajar ICT ataupun ICTL budak sekolah. ampun tuanku.
5) jumpa dan kenal macam macam orang yang wujud kat dunia ni. cool jugak rasanya. tapi warm pun sama. yang terlalu baik, yang terlalu hebat, yang terlalu pandai, yang terlalu cantik hensem, eh yang terlalu gampang pun ade. kat matrix banyak pengaruh. kejap jee kau boleh jadi pandai kejap jee kau boleh jadi benak. kejap jee kau boleh disukai ramai macam iklan hape entah kejap jee kau boleh dibenci dan dianggap sampah masyarakat. ehee terhyperbola. maaflah teruja ni baru lepas makan dua bungkus nasi lemak lepas balik dari kulam (kuliah malam) kimia. pensyarah tu comel wehh. ahha.
6) pernah lah ada kekasih hensem. aww kekasih kata kau ! bhahaa. cool lah sebab rasa yang tak rasa. tapi warm warm nail sebab perangai macam jad. ;P ek elehh.
7) yang last ni paling cool lah. eh yang nombor 4) pun paling cool jugak. dapat sambung semester 2 dengan pointer 3 above. tapi warm sebab 3 above tu tak berapa nak above sangat. alahh dari kene tendang. ciss sebut kena tendang dari matrix macam safee sali tendang bola masuk gol pihak lawan sampai lima kali jee.
banyak lagi perkara cool yang berlaku tahun 2010. tapi takkan nak lawan entry orang lain. pertandingan entry paling panjang. logik ke loji? hahaa.
p/s : rekod dunia. aku tak pernah demam dan hilang suara pada tahun 2010. yeah sila telefon pengarang buku rekod malaysia. wehh dah lah kau.
sekian.
- K . A :D -
No comments:
Post a Comment