hari ini waktu dilaporkan adalah hari isnin bersamaan 27 jun 2011 tahun masihi, jam 14.55 waktu malaysia. aku duduk atas kerusi hitam yg dipinjam drpd cashier department sambil memerhati keadaan sekeliling dengan mata yg sangat berat. berat bukanlah kerana memakai bulu mata palsu tetapi akibat drpd makan tengahari tadi, nasi berlaukkan ikan sembilang berlada, sausage dan seekor udang masak lemak. rm5 bersama air sirap limau ais. sobs. kebosanan melanda tatkala pasaraya lengang dengan kehadiran manusia yg berbondong bondong mahu membeli barangan keperluan setelah mendapat gaji apabila tiba waktu hujung setiap bulan. melayan setiap pelanggan yg datang bertanyakan barang yg dicari benar benar menguji kesabaran dan ketahanan jiwa juga mental. nama pun pelanggan lumrahnya memang selalu begitu. tetapi sebaliknya, bekerjasama dengan pekerja juga sungguh menjentik kekentalan hati ini.
woohoo. ayat kau takde yg lebih bermadah? ah draft aku sampai situ je. tak sempat nak sambung. bila nak sambung je ada org carik. femes kan XD dahlah. bye. hehhe.
p/s :: yes yes dah nak honeymoon semula !
- K . A :D -
No comments:
Post a Comment