..VERY PLEASED TO BE VISITED BY YOU..THANK YOU..

Showing posts with label ce teka yang mana satu?. Show all posts
Showing posts with label ce teka yang mana satu?. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

aktiviti menskodeng orang.

pernah tak terfikir masa tengah buat apa apa aksi yang memang tak tau lah nak kata apa, rupa rupanya ada orang tengah tengok dekat cctv?

itulah banyak sangat berangan kan. aku selalu macam tu dengan si Jean Todd ni. biasalah kalau dah tinggal berdua dalam bilik tu, macam macam boleh jadi. teettt. sampai terfikir yang sebenarnya ada cctv dekat dalam bilik ni.

bila macam tiba tiba dah terjoget macam super junior ataupun penari zapin istana budaya tu, mesti terfikir, eh entah entah ada orang tengah tengok tak? manalah tahu. walaupun kat siling buruk tu hanya ada lampu dan cicak yang berkejaran nak mengawan.

bila sembang pasal si polan tu tentang apa yang dia buat tadi sejurus mentertawakan beliau dengan tidak beradab sekali, mesti terfikir, eh entah entah dia dengar tak? walaupun dia berada di blok lain yang kena melangkah sebanyak empatratustujuhpuluhenam kali untuk sampai ke sana.

bila TERlepas cakap yang bukan bukan, mesti terfikir, isy teruknya kalau ada orang dengar ni walaupun tinggal sorang sorang dalam bilik. manalah tahu ada orang halimunan.

memang tak lah. dan sekarang asal nak cakap something je seperti meluahkan perasaan, memberitahu rahsia (tak patut), melepaskan kentut eh maaf geram, mesti pandang atas konon konon tengah bercakap dengan kamera yang macam dalam akademi fantasia dulu tu. tapi takdelah gedik kot.

pernah jugak jadi macam ni. kan ada tingkap yang tinted yang kat dalam boleh nampak luar tapi luar reflect diri dia je. aku penah lah dekat mana tak ingat tapi masa tu lalu kat cermin tu and betulkanlah tudung bergaya tengok segala macam bandan tiba tiba bila bukak pintu tu, tadaaa ! ada orang kat dalam tu yang pandang paiseh kat aku nak tahan gelak. aku rasa muka time tu bukan merah lagi dah tapi dah hijau purple. bapak buruk. =.='

hari tu pulak dekat language lab masa english, kitorang semua tengok movie maka haruslah menggelapkan makmal tersebut supaya mendatangkan feel macam tengok wayang kat golden screen cinemas dekat dataran pahlawan melaka ataupun tgv cinemas dekat jusco seremban dua. tiba tiba datanglah seorang lelaki macho (maaf fitnah) depan pintu tu. selamba badak dia betulkan sampin dan tengok outfit serta diri dia yang tough tu (maaf fitnah lagi). lastlast membe aku ni pegi lekapkan muka kat pintu tu. laki tadi pun terus gelak dah tak lalu lagi dah depan lab tu.

hahha. memang tak lah. gila bahaya cermin tinted macam tu. mari akhiri entry ini dengan --->



**sesi bersama mak limah membakor ayam.** to be continued..

p/s :: just leave all the bad memories and bring the sweets untuil death.

- K . A :D -