..VERY PLEASED TO BE VISITED BY YOU..THANK YOU..

Showing posts with label cerita ini di'approved' oleh : I.D. Show all posts
Showing posts with label cerita ini di'approved' oleh : I.D. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

:')

pada suatu petang yang hening, kelihatan seorang ayah ber'cover all' petronas kuning bersama anak lelakinya yang berpakaian sekolah rendah di mana kemeja putihnya sedikit kehitaman dan telah dikeluarkan daripada seluar. semasa hendak membuat pembayaran...

ayah : cepat amar.
amar : jap, nak aiskrim.
ayah : taknak amar, sini cepat.
amar : nak.
ayah : taknak.
amar : nak (dengan mata yang bersinar sinar)
ayah : ambil 1 cepat.
amar : yeayy.

di kaunter pembayaran...

amar : ayah, nak main kejap. (di taman permainan mini)
ayah : jangan amar.

amar mengomel sendirian sambil buat muka busuk.
aku pandang amar dan senyum dalam menahan ketawa. sambil menggoyangkan jari telunjukku, aku mengajuk kata ayah amar "jangan amar". amar tersengih lebar dan ketawa menampakkan giginya yang comot dan terus menunggu ayahnya sehingga selesai membuat pembayaran.

ayah : ambil aiskrim tu, makan cepat habiskan. jangan tunjuk kat adik. dah. tolak troli ni.

dan mereka berlalu pergi dari pandangan aku.
aku tergelak sendiri. sambil buat kerja, jika aku teringat situasi tadi, aku akan tergelak sorang sorang. degil benar si amar tu. ayahnya mempunyai alasan mengapa dia tidak benarkan amar membeli aiskrim tapi kerana permintaan amar yang berterusan, dia menyuruh amar mengambil sebatang aiskrim dan menghabiskannya dengan segera supaya tidak kelihatan oleh adiknya.

aku tak tahu nak simpulkan pemerhatian aku ni macam mana. rasa macam dalam tv pun ada. aku terubat daripada hati yang lara ini. cehcehh. poyo segala kau nih.

p/s :: bong nuai?! *_*