silalah muak melihat foto foto dalam previous entry. hoho.
well sepanjang lebih kurang 12 hari aku kat rumah, itulah bende bende alah yang aku buat. tapi ade jugak ape yang aku nak aku tak dapat contohnya ; kasut, pizza cheese dan secret recipe. huhuu. takpe. aku akan dapatkan jugak satu hari nanti walaupun sehingga umur aku meningkat dan terus meningkat. bhahaa. ;P
okay. mule mule sampai rumah DULU tuh, rehat laa kononnya. hari khamis puan umi ajak aku teman dye pegy maen bowling. macam entry ini . dah tak nak menceceh pasal kemenangan aku lagi. hoho.
then jumaat, sepupu aku datang rumah. balik weekend dari teknik melaka. malam tuh keluar laa. eden yang ajak. punya lah excited bile aku nampak inchek ayah pulang awal. selalunya balik malam. memandangkan aku tak dapat ikut pegi Petrosains, maka haruslah aku pegi tempat lain dengan family. mule mule mengendeng dalam bilik puan umi. text inchek ayah tanya,
"salam. ayah, malam ney ade pegi mane2 ta? ayah balek kol bape?"
......
"tak tau lagi.."
sebab tuh lah excited bagai bile inchek ayah memandu pulang ke rumah petang tuh. then lepas maghrib keluar. aku ajak maen bowling lagi. ngehee. tapi lane penuh pulak sebab ade tournament. haish. inchek ayah pulak dah tau. kalau bgtau awal awal tadi boleh dah pegi MIBC. [ Malacca International Bowling Centre ] so nak tunggu jugak lane kosong punye pasal pukul 11 lebih kang, inchek ayah bawak pegy karok. karaoke. duhh. first time la weyhh. hoho. tak ke teruja segala lagu nak nyanyi. hahaha. lagu pembukaan from Meet Uncle Hussein - Lagu Untukmu by K . A :D hee. then dapat jalan dua game bowling malam tuh jugak. ;P
sabtu tak keluar. melayan Play Station 2. haa tuh game Pac Man Rally. aku, adik ngan mat sepupu tuh yang berlawan. kelaka gile. macam bandan jee. nasib baik joystick tuh masih sihat walafiat.
kemudian, isnin. aku ikut inchek ayah dan puan umi. katenye, nak setelkan hal hal perbankan kat Masjid Tanah. jadi seronok sebab aku sorang je yang ikut. kira macam apa aku nak takde lah adik adik nak jugak. tapi bukan ape pun kann. saje jee terfeeling seronok macam tuh. saje nak sakitkan hati adik aku yang perempuan tuh. geram btol aku ngan dye. makan tengah hari kat ade satu kedai apo tah kat simpang. air carrot susu gelas besar oh. sempat snap time dah kosong jee. :P
pas tuh, gamba kolam tuh kat Econsave Sungai Udang. iklan telur tuh pun same. almaklumlah mase tuh kan nak Deepavali so haruslah ade kolam bagai tuh. iklan telur tuh pulak pasal telur dari Korean technology. beli 3 paket dapat free amende tah. macam menarik jee iklan kaler hijau dye tuh kann. I Am Not an Ordinary Egg ! aku rase semua telur same jee punn. masak kicap, selera gile jugak aku makan. telur Omega, Nutriplus, kampung semua aku sebat jee. ade aku kesah? :D
Selasa petang ikut puan umi pegi tengok Homestay kat Taman Paya Emas. memuaskan. 3 bilik yang dikira besar, 2 air-cond 1 kipas. ada tv siap Astro. ada lah semua perkakas asas dan keperluan. satu malam RM150. Baitulhanis Homestay. kalau berminat boleh contact kat Facebook. nak tanya kat eden pun boleh jugak aku ushakan. takde hal. buat tido malam time vacation kat Melaka ke kann. daripada stay hotel aku rase lagi berbaloi stay kat rumah tuh. [ dalam kepala *bisnes bisnes duit duit. ahah !* ]
nampak penutup botol tuh? name game dye CEPER. korang pun for sure tau game ney. aku lawan ngan adik perempuan tuh si Ain namenye. 3 game, aku menang 2-1. ngehee. ;D yang bahagian rata ke atas tuh sebab terlambat cakap " cuit ! " . bohonglah kalau tak tau. popular la duhh. aku rase ramai yang dah tak maen game ney erk. entahlah.
then Rabu pulak aku outing dengan Umai. member rapat ar kat KMNS ney. dapat kluar dua orang jee atas sebab kekangan membe membe yang lain. pegi mane je punn. jalan jalan. then ade membe laki pulak ajak maen bowling. LAGI. lawan dua game lah jugak. best best best. :)
Khamis malam pulak pegi lagi maen bowling. yeah ! kepala pun dah takde fikir bende alah laen. fokus untuk dapatkan strike jee. dan aku berjaya kalahkan ayah aku malam tuh 1 game. ramai tak fokus malam tuh. entah ape kene entah dan sememangnya agak teruklah masing masing punya markah. agak tak best. huhux.
dan karaoke lagi sebab bawak si Ain tuh tak pena pegi. ouh poyo kann awek yang bergambar kat tepi skrin tuh. konon konon macam dalam video klip sedih lah sebab time tuh lagu "Jangan Pisahkan". and that was the last day for outing as for entertainment.
Sabtu petang tuh pegi Hutan Rekreasi kat Sungai Udang. pancit dol. mane tak nya, jalan memang berbukit 60 70 degree ouh. dah lah pakai kasut yang improper. bergambar je lebih kann. biasaa. ;D kek coklat tuh aku buat sendiri. hee. sedaaapppp tauuuu. ^_^
gamba ramai ramai kat pokok tuh usha untuk mencabut galah. memang sejak azali azlan lagi bende alah tuh susah nak cabut. seronok tengok mereka berusaha bersungguh sungguh. ahad, hari dan waktu nak balek KMNS. :(
last skali tuh my handsome boy, Adam Irsyad. si gebu. ahaha. ;))
that's all suckers. eh tak tak. dudes ! hehee.
- K . A :D -
No comments:
Post a Comment