..VERY PLEASED TO BE VISITED BY YOU..THANK YOU..

Saturday, November 20, 2010

so syok holidays ! = Sijil Pelajaran Malaysia.

dah dah. tak payah pertikaikan aku memang watch disney channel kalau balik rumah. takde apa yang pelik kann? seronok apa tengok channel tuh. astro ceria pun aku bantai jee. duhh aku tengok hagemaru jugak. xD tapi otromen otromen dyna, cosmos bagai semua tuh tak lah. dulu jee yang best aku tengok otromen taro. otromen seven. generasi kemudian kemudian ney aku dah tak suka. power rangers pun same. yang aku suka time power rangers mighty morphin dengan time force. eh eh nak cite lain tercite lain pulak. :D

cuti sekolah kembali lagi. haa see see baju sekolah dah siap pulak nak bungkus tuh. buku buku dah siap ikat nak masuk kotak and simpan bawah katil. ewah dah bajet pulak nak beli kasut and beg sekolah baru sesi depan. oh dah beli banyak games nak main kat playstation. ye ye dah takde cikgu marah, peraturan sekolah, jam loceng memekak samaada yang menggunakan bateri mahupun yang semulajadi, dan segala bagai lah yang diperlukan oleh seorang murid sekolah. der, tahun 2011 ada lagi. itu tak boleh tolak tepi. masa cuti memang lah dah bajet tak nak blaja dah kann. buku teks pulak katanya dah pulangkan kat skolah. aha aku tau, mana yang agak agak skema tuh, dah plan nak start blaja untuk exam awam next year macam pmr dan spm. alahai poyo kot. hahaa. i mean yelah cuti panjang tuh. dah nak blaja gile dah. kalau aku, poyo lah tapi siapa yang ada keazaman yang kuat tuh baik teruskan. jangan ikut macam aku dulu. kendurilah kaw kann kalau aku skema. matang oke lagi kot. hak3.

ouhh hari ini, maksud aku semalam aku terkenang zaman form 5 nak ambil spm tuh. cehh zaman kaw. macam dah lama lah sangat kann. heh. awal awal tahun memang bersemangat dowh. ye kepoyoan memang dah terserlah. tapi agak malanglah bila masuk bab add maths. pehhhh. memang cannot gi. secara terus terang, aku macam ada mathsphobia. hahaa. aku lambat pick up dalam mengira ney kecuali DUIT. hehehe. err aku siap slumber lagi tido dalam class ouh time add maths. tapi memang aku syukur gila babas lah dapat cikgu rozaidah tuh sebagai cikgu add maths aku. beliau memang macam sabar gile dowh ngan aku. dah lah asyik fail lepas tuh class dye pulak aku macam main main jee nak blaja. kesian beliau. nasiblah baik ada men. dye lah yang banyak tolong aku dalam add maths. dan finally alhamdulillah aku berjaya grab b in add maths. time monthly exam memang macam sabah ke perlis lah jauhnya kalau berenang nak dapat gred bagus. ouh terharu terharu T__T

subjek subjek lain biasaa. takde kenangan sehebat add maths lah. tapi aku masih ingat kata kata cikgu maths mod aku cikgu norainin. kalau aku dapat straight a's boleh jadi menantu beliau. BHAHAHAA. asyik aim aku jee. tak abes abes pasal menantu beliau. malu lah saia. >_< tapi tak kesampaian lah kot sebab aku dapat UNstraight a's. hehee. takpe cikgu kalau dah jodoh memang tak ke mana lah. bak kata pepatah, takkan lari gunung dikejar. tapi dalam kes aku, takkan ku lari kalau anak cikgu kejar. ahahahaha ! *poyo poyo*

biology. dalam sebulan dua bulan before spm konon konon dah start baca lah ney. tapi dah nak sebulan, satu bab pun tak habis habis lagi. tuh ha tajuk cell division. eh ape daa. hahaa. last last memang baca last minute jugak. nasib tak kantoi. semard ah jugak jawab tuh. tapi fizik lagi oke laa. fuh fuh. itupun sebab macam kena lah jugak soalan yang aku pena jawab dengan yang keluar time tuh. kimia pulak yang paling aku tak puas hati paper 3 lah. boleh pulak nak keluar tajuk electrochemistry. duhh aku memang fail lah jugak bab tuh. ney sem 2 kat kmns ney nak blaja balik bende alah tuh siot. hadoiyaaii. siap time tuh suruh lukis silver spoon tuh guane jadinya. haa hentam je lah. alhamdulillah baik baik jee result. :)

seronok weyhh time skola dulu. time amik spm pun best. bukan lah sebab nak kata hebat result nya tapi perasaan dah nak habis skolah dengan spm sebagai penghujungnya, aku rasa macam wow hebat wow wow hebat hebat lah. ah kalau kaw tak rasa sama dengan apa yang aku rasa, kaw diam. ade aku kesah? hoho. harap maaf.

tahun lepas start exam rabu 18/10/2010. bm kot. then bi ngan sejarah. lepas tuh takde paper. jumaat tuh budak dah habis skola. konon konon macam jeles lah kann tapi kaw fikir lah kaw dah habis skola, diorang yang cuti kene skolah lagi tahun depan. ade tak kaw rase, " hahaha. kesian korang @ padan muke korang. " aku tak aku tak. err mungkin adelah sikit. memang pendengki btol aku ney. ye memang punn. hoho.

time spm, aku stay hostel ngan 6 member rapat aku yang lain. best best. siap extend satu malam lagi nyah. time takde paper pegi rumah warden. makan makan. lepas tuh melawat jirat cina kat blakang rumah beliau. bukan setakat melawat, siap bergambar lagi sebagai kenang kenangan. tapi alhamdulillah takde pape yang tak diingini terjadi. dah lah besok tuh ada paper fizik. time nak balik pulak kene satu van ngan budak aspura, memang kecoh lah siap nak melayan cik gobu lagi ngan cik zul. cik gobu, nama hot. nama baik, cik rizal. beliau penyelia hostel. cik zul driver van. van je kot yg kitorang ade. huhuhu. ah tak kesa lah. bukan van yang menjadi tema entry ini.

aha dalam dewan jawab exam pulak duduk sebelah HYUUGA NEJI. tak pulak aku terpsiko kann dengan dye. asyik mintak extra sheet jee. dah lah pengawas kate time's up pun dye still menulis lagi. der, apesal aku tak tulis banyak and mintak extra sheet macam kaw bong? =.='.

bhai kaw nak cite panjang lebar mane lagi ney? hahaa. kalau nak flash back satu satu memang lah payah nak habis. aku rase tuh antara sweet memories oh. memori zaman skolah haruslah sesuatu yang indah untuk dikenang walaupun macam macam yang jadi yang dilalui. cool and chill jeh. tuh semua dugaan lah kann. dalam dunia memang macam macam orang yang kita jumpa. banyak ragam. tapi ape de hal. as long as kaw tak carik pasal dah. eh dah ney bukan pulak nak cite pasal other side of this memory. okay. :P

last but not least, all the best to SPM candidates. atok sedara aku kate, time kau jawab tuh, setiap jawapan yang kau tanda yang kau tulis kata BETUL! BETUL! nanti insyaallah kalau jawapan kau ada yang salah pun pemeriksa tanda betul. doa tuh. hee. tapi bukanlah macam upin ipin pulak kau sebut betul betul betul. dah kau nak menggedik pulak time jawab tuh kau bising sebut bende alah tuh jee. dalam hati dah lah beb. ngee.

in a nutshell, hargailah zaman sekolah dan spm. seronok weyhh. tapi siyeslah aku memang dah malas nak pegi skolah. bye cikgu. hehee. ciao !

- K .A :D -

No comments: